Wahai Dunia!
Allah telah menciptakanmu sejak sekian lama
Sebelum kejadian Adam, sebelum terciptanya Hawa,
Adakah kau sedar usiamu telah tua?
Dan akan hancur musnah pada bila-bila masa?
Wahai Dunia!
Allah menciptakanmu sebagai tempat manusia
Sebagai tempat untuk manusia mengemis cinta-Nya
Sebagai tempat untuk manusia menjadi hamba setia
Sebagai tempat untuk manusia menjadi khalifah-Nya
Wahai Dunia!
Di atasmu tersimpan sejarah lama
Tersimpan pelbagai rahsia
Tersimpan pelbagai khazanah berguna
Untuk dijadikan teladan manusia
Wahai Dunia!
Usiamu telah menginjak tua
Perutmu telah terisi oleh pelbagai manusia
Dirimu hanya menunggu masa
Untuk hancur selamanya

0 comments:
Post a Comment