Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Posted on Sunday, May 30, 2010 by Intan | 0 comments

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Mudahnya Kehidupan

Posted on Thursday, May 27, 2010 by Intan | 0 comments

Sesungguhnya kemudahan akan disertai kesusahan. Itulah janji Tuhan kepada makhluknya yang menjadikan dunia ini berpasang-pasangan.

Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini menyusahkan, membebankan dan acapkali menyesakkan jiwa. Mengapakah terjadinya hal yang sedemikian? Mungkinkah kerana kita tersasar dari matlamat hidup kita?

Sebagai seorang Islam, cuba kita renungkan, apakah matlamat sebenar kita dilahirkan ke dunia ini? Adakah untuk memenuhi keperluan dan kehendak semata-mata? Sebelum itu mari kita lihat sejenak apa itu keperluan dan kehendak dunia ini.

Keperluan kita sebagai seorang Islam adalah beribadah kepada Allah. Adakah beribadah itu hanya tertumpu kepada rukun Islam yang lima sahaja? Tentu sahaja tidak, rukun Iman, fardhu ain, fardhu kifayah mestilah dilengkapi bagi memenuhi keperluan kita hidup di alam maya ini.

Sekarang, kita perhatikan pula kehendak dunia.

Keperluan dunia memenuhi ruang lingkup nafsu kita. Makanan yang enak, pasangan dan anak pinak, harta dunia dan tidak lupa juga kuasa. Bagaimana kita mahu mengharungi kehidupan dunia dengan menyeimbangkan antara keperluan dan kehendak? Kerana faktor ini, selalu sahaja kehendak mengatasi keperluan. Inilah hakikat yang menyesakkan jiwa dan nafas kita.

Baiklah. Mari kita teliti cadangan di bawah ini. Bagaimanakah caranya untuk merungkai kesesakan jiwa kita ini.

Pertama sekali, tentukan matlamat hidup yang sebenar. Sebagai seorang mukmin, AKHIRAT menjadi matlamat jangkamasa panjang kita semua. Keperluan dunia wajiblah dipenuhi bagi mencapai akhirat. Jika begitu, apakah kita mesti mengenepikan dunia? Tidak, ini amat berat dilakukan kerana dunia merupakan jambatan akhirat. lalu, harus bagaimana menghadapai dunia.

Sila ikuti saranan seterusnya.

Langkah kedua merupakan titik tolak bagaimana kita menghadapi alam fana ini. Kita haruslah meleraikan ikatan kita kepada dunia. Bagaimana caranya? Letakkanlah sahabatku, dunia ini di tangan kita bukannya di hati. Contohnya, kita punya harta yang banyak. Jika harta itu di tangan, kita akan mudah memberi. Jika di hati, hati kita akan mewujudkan perasaan tamak, kedekut, dengki malah iri hati jika harta orang lain lebih banyak daripada harta kita.

Lagi perumpamaan yang mudah. Kita telah sedaya upaya menjaga anak dari kecil hingga dewasa. Didikan agama tidak kurang sedikitpun. Didikan dunia pun kita seimbangkan untuk memudahkan urusan dunianya. Bila dewasa, kita telah hilang di hatinya. Betapa perit hati seorang ibu dan seorang bapa. Mengapa hati kita perit dan sakit? Kerana kita telah mengikat hati kita dengn anak. Sesungguhnya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, hendaklah kita bertawakal kepada Yang Maha Esa. Bergantunglah kamu kepada Allah swt, bukan kepada anak ya, sahabatku.

Wahai sahabat, mampukah kita meletakkan dunia ini di tangan , tetapi bukan di hati. Berhijrahlah, ini suatu percubaan yang amat berat, susah tetapi amatlah menyenangkan hatimu sekiranya kamu, wahai sahabatku dapat melakukannya. Percayalah, bahawa dalam kesusahan ada kesenangan.

Kamu akan redha dengan apa sahaja takdir yang ditentukan. Kamu akan merasakan betapa mudahnya kehidupan ini. Marilah kita renungkan kata-kata di bawah ini dengan penuh penghayatan.

Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya. Tidakkah kamu terfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara. Di mana tak satu tempat atau apapun yang kamu boleh gantungkan harapan. Sengaja Allah swt menjadikan ini semua sebagai petunjuk, untuk menunjukkan kepada manusia, hanya Dialah tempat kita bergantung harap kerana Dialah yang kekal abadi.

MANUSIA TAK MENGENANG BUDI

Posted on by Intan | 0 comments

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata. Atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?

Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.

(Al-Mu'minun:115).

Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.

(az-Zariyat: 51)

Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah:30)

Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.

Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."

(Yusuf:12)

Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini

Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.

Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA

terus kan lah sandiwara mu..demi kepentingan perempuan itu?

Posted on Sunday, May 9, 2010 by Intan | 0 comments

Aku insan yang kerdil.siapa lah aku disisi mu..YA ALLAH
aku merenung jauh kehadapan memikirkan apa yang terjadi semalam semalam semalam dan semalam!
aku cuba tersemyum dan menunjuk kan keriangan,ya lah?aku lah mak dan isteri yg paling gembira..hari2 ku lalui dgn penuh kegembiraan namun hanya ALLAH saja yg tahu,
Ya Allah berdosa kah aku.kerana mengbohongi meraka.aku juga manusia yang punya hati dan perasaan tambahan pulak perasaan seorang ibu..
Aku terima segala ketentuan mu illah didalam hati aku meraung sekuat2 nya meminta tolong,ini yang aku dapat,madu yang ku beri tuba yang di balas.hati ini dirobik2 dan dihiris2 sampai hancur lumat selumat2 nya..sanggup kau menuduh aku yang ko panggil ??? ini dengan bermacam2 tuduhan

olih kerana seorang perempuan..
di mana perempuan ini,membaling batu kearah ku lalu disembunyikan tanganya..
aku masih punya perasaan hati perut dan otak?
aku tak akan membalas.
terus kan lah wahai anak muda..
terus kan lah..
dan ajak lah kawan2 mu yang BODOH dan yang tak tahu pekara yang sebenar nya turut serta bagus sikap kalian wahai anak muda..
ini lah jenerasi yang bagus yang akan DIPIMPIN bukan JADI PEMIMPIN..

tudoh lh apa saja yang kalian rasa bukti kalian itu benar...
dan seksa kubur itu benar..
neraka itu benar..
dan surga itu benar
tapi ingat ALLAH itu maha mengetahui
aku sedikit pun tidak gentar apa tah lagi takut...
papar kan saja dimana2 yang kalian rasa kalian bolih meraih sempati bahawase nya kalian yang teraniya olih perbuatan ku...
dimana kah menghilang nya perempaun yang membaling batu itu?pelik kan...
aku yang tua ini dengan seaklas hati terima apa saja perbuatan kalian..
janji kalian merasa puas hati puas sepuas2 nya...
sayang seribu kali sayang ilmu yang di pelajari tidak dipakai guna..
malah rasa ilmu yang kalian ada itu kalian rasa kalian yang betul....

seandai nya aku mahu membalas bolih saja.tapi aku tak mahu dan suami serta anak2 pun banyak bagi nasihat..ini lah zaman IT bila tahu sikit habis tunjuk kan kepandaian konon2 tahu macam mana nak hack orang hanya menguna kan IP saja,buat,buat lah kita tengok saje lah akan kebenaran nya....aku tidak pernah mengharap kan simpati dari mana2 pehak..
aku hanya menadah tangan memohon pada nya yang esa hanya dia saja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan,kalau kau rasa yang kau telah penat dan letih di sebab kan kebodohan kau.aku juga dah terlalu lalu letih untuk melihat sandiwara mu itu
yang nak membukti kan perempuan itu tidak bersalah dan nak meletak kan kesalahan itu pada kami..kau nanpak tak silap kau.kau kata tidak mahu memutuskan SILATURAHIM BERDOSA.kami telah pun diam malas nak melayan..dan dengan bangga nya kau mempaparan WANITA-WANITA LAKNATULLAH, aku masih diam sebab aku tahu itu bukan untuk ku...dan kau merasa bangga kerana dapat mengaib kan wanita2 itu..sepatut nya orang macam kau yang mempunyai pendidikan agama hingga ke UKM dan mendapat GELARAN USTAZ tidak sewajar nya kau perbuat begitu..sepatut nya kau yang kena banyak bersabar di atas ujian yang ALLAH SWT berikan..dan bukan mengajak kawan2 untuk turut serta mengaib kan orang..itu aku nak kata yang kawan2 kau tu pun BODOH..ingat kalau kau masih lagi nak berbuat macam2...aku tidak akan teragak2?

Perlukah Aku Khabarkan

Posted on Saturday, May 8, 2010 by Intan | 0 comments

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan...

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku buka kan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku
Segala kebenaran atau pun penjelasn ku
mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi..

Oh!ku mohon pada-MU Tuhan
Berikanlah ku kekuatan
untuk ku menghadapi semua ini..

Tuhanku terus berserahh
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah!
Amin..

Posted on Friday, May 7, 2010 by Intan | 0 comments

Surah An-Nur ayat11/20,

Bismillahiramnirahim,

bacalah dan renungi lh bersama sebelum kita nak menuduh orang kita ingat2 lah
betapa besar dosa kita disisi allah dengan berburuk sangka dan membuat fitna...

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu(juga).janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu..setiap orang dari meraka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya.dan barang siapa di antara meraka yang mengabil bagian terbesar(dari dosa yang diperbuatnya).dia mendapat azab yang besar(pula)

mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri meraka sendiri,ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata,"ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata"

mengapa meraka(yang menuduh itu)tidak datang membawa empat saksi?Olih kerana meraka tidak membawa saksi-saksi,maka meraka itu dalam pandangan allah adalah orang-orang yang berdusta.

Dan seandainya bukan kerana karunia Allah dan rahmatnya kepada mu didunia dan di akhirat,nescaya kamu ditimpa azab yang besar,disebab kan olih pembicaraan kamu tentang hal itu(berita bohong itu)

(Ingatlah)ketika kamu menerima(berita bohong)itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun,dan kamu menganggapnya remeh,padahal dalam pandangan Allah itu soal besar,

dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya,"tidak pantas bagi kita membicarakan ini.Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar"

Allah memperingatkan kamu agar (jangan)kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya.jika kamu orang beriman,

dan Allah menjelaskan ayat-ayat(nya)kepada kamu.dan Allah maha mengetahui,mahabijaksana.

Sesunggunya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu(berita bohong)tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, meraka mendapat azab yang pedih didunia dan di akhirat,dan Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui,

dan kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmat-nya kepadamu(nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar),sungguh,Allah Maha penyantun,Maha penyayang,

terima kasih pada sesipa yg sudi membaca,dan jangan lah kita laku kan pekara ni..

Posted on Tuesday, May 4, 2010 by Intan | 0 comments

,

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang membebaskan beban seorang mukmin dari berbagai beban di dunia, Allah akan membebaskan bebannya dari berbagai beban pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan orang yang sedang kesulitan, Allah akan meringankannya di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim)

Dalam lanjutan hadits di atas disebutkan,

وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ .

“Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut suka menolong saudaranya.”

Semoga di saat kita bertemu dengan Allah nanti, kita dapat mengungkapkan kepada Allah bahawa kita kasih akan saudara kita dan sudah mengambil tindakan sedaya-upaya kita membantu mereka. Moga Allah redha atas usaha kita yang kecil ini.

Wallahu’alam

Posted on by Intan | 0 comments

Ya Allah,hamba memohon karunia yg wajib Engkau berikan,
keampunan yg harus Engkau karuniakan,
keselamatan darisegala dosa,ghanimah dari segala kebajikan,
dan kemenagan mendapat surga,serta keselamatan dari api neraka.

Ya Allah, karuniakan kebaikkan bagi hamba dalam segala urusan.berilah pahala
kepada kami dari segenab luka dunia dan seksa akhirat,

Ya Allah,anugerahkanlah untuk kami rasa takut pada Mu,yg membatasi antara kami dgn perbuatan maksiat ke pada-Mu
dan anugerahkanlah ketaatan kepada-Mu yg akan menyampaikan kami ke surga Mu,
anugerahkan pula keyakinan yg akan menyebabkan ringan-nya bagi kami segala musibah di dunia ini,
Ya Allah,anugerahkan-lah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran,
penglihatan,dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup,
dan jadikan lah ia warisan dari kami.
jadikan lah balasan kami atas orang-orang yg menganiaya kami,
dan tolong lah kami terhadap orang yg memusuhi kami,
janganlah engkau jadikan musibah kami ada dalam urusan agama kami,
janganlah Engkau jadikan dunia ini adalah cita-cita kami terbesar dan puncak
dari ilmu kami,jangan engkau jadi kan berkuasa atas kami,
orang-orang yg tidak mengasihi kami,
Ya Allah,jangan pernah Engkau tinggalkan dosa,
melainkan Engkau ampuni,Tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar,
tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi,dan tidak ada satu kebutuan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi,wahai Tuhan semesta alam.
Ya Rabb kami,
berikan kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat,
serta jagalah kami dari api neraka,
semoga shalawat dan salam senantiasa terlimpah curah kepada Nabi Muhammad,keluarga,serta para sahabat terpilih
amin

Kesedaran

Posted on Monday, May 3, 2010 by Intan | 0 comments

Aku manusia yg mempunyai hati dan perasaan..
MARUAH,ada ke pernak kita lihat seorang yg suaman nak mengadai kan maruah nya
Dan kalau mana yg patut kita pertahan kan MARUAH ATAU SILATURAHIM..
kedua2 nya sama penting dalam islam kan..
dalam hukum kalau 3 hari kita tidak bertegur sapa dgn mana2 orang yg kita marah dah jatuh dosa..maruah,maruah kita pun kita kena jaga.sanggup ke kita gadai MARUAH kita kerana SILATURAHIM..sebenar nya kita bolih jaga maruah dan silaturahim kita.dengan cara
permikiran kita sendiri pujuk pangkal HATI MANUSIA itu sendiri..
HATI banyak memain kan peranan dalam sebuah kehidupan..
kalau hati kita tidak BERSIH akan bermacam2 lah peraksangka yg tidak baik pada orang .
DAN jangan kita ingat bila ILMU yg kita ada ini..maka orang disikililing kita tu tidak betul
dan tidak BERILMU....sepatut nya kita yg berilmu ni lh yg sepatut nya kena pandai
menyusun kata2 macam mana kita nak bercakap atau pun BERDAHWAH,
itu lah kadang2 kita rasa kita dah cukup ilmu sehingga kan kita sanggup meluka kan hati orang tua,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.INGAT setiap kelahiran manusia di bumi ALLAH ini BERMARUAH
dan kita kena banyak beringat setiap apa kejahatan atau pun kebaik kan yg kita laku
kan dibumi ALLAH ni ada pembalasan nya ALLAH akan bagi TUNAI...
cuma kita tidak tahu bila dan bagai mana cara pemberian nya dari itu ingat..
jangan kita suka2 menyakit kan hati orang dan bersangka baik lah sentiasa dgn orang
kerana bersangka baik itu dapat mengelak kan diri kita dari DOSA
luahan ini sekadar mengingatkan diri sendiri dan anak2 kalau ada yg tersinggung..
ingin saya menyusun sepuluh jari untuk memohon ribuan kemaafan sebab tidak terniat di minda untuk menyakitkan hati manusia...

Alunan syahdu dari sekeping hati....

Posted on Sunday, May 2, 2010 by Intan | 0 comments

assalamualaikum

ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
allah memberia kita merasa
kenikmatan hidup didunai.
dari itu..jgn lah kita leka
akan kenikmatan nya
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
bersyukur lah kita sentiasa
dengan apa yg kita ada
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
sebab didunia hanya sementara
yg kekal kita di sana
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
bersiapsedia bekalan disana
jgn kita asik buang masa
ingat mati tidak tahu bila
entah esok atau lusa
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH.
ALLAH ALLAH ALLAH OO ALLAH

Posted on Saturday, May 1, 2010 by Intan | 0 comments

tulisan ni cantek
tapi dia kotak-kotak
dan tergedik-gedik
taaaadaaaa

alfatihah buat arwah ayah ku yg telah lame kembali kerahmatullah

Posted on by Intan | 2 comments

Ayah...anak mu ini terlalu rindu pada mu..rindu akan gurauan mu!!!
ayah ku seorang yg penyayang,ayah terlalu sayang pada anak2 nya...sehinggakan pernah ayah berkata "masa tu lagi 3minggu ayah nak meningal kan kami"dengan berseloroh ayah berkata kalau ayah dah tak bolih ikat kain lagi itu petanda nya ayah dah nak pergi lah.tapi kami yg mengdengar nya kami cakap ayah ni merepek lah,dan ke esok kan hari nya aku mak dan adik ikut ayah pergi kedai mamak memang ayah dan mak suka lepak kedai mamak..masa dalam perjalanan ayah bercerita dengan mak.."num! ko nak tahu tak bapak mertua yah nak meninggal". aku tercengan.tapi mak tak perasan yg bapak mertua yah itu ada lah suami nya...aku bertanya,"ayah cita apa ni?" ayah sambung"tak.. ayah ingat nak pergi makan sate lah intan"..aku pun jawab "bolih lah..isa balik malam ni, kita pergi lah esok ya"...tapi nak di jadi kan cerita ke esokkan hari nya ayah sakit, puas kami semua adik beradik memujuk ayah..ayah tidak mahu ke hospital..tapi dengan tektik yg cantik aku pun bertanya lah "ayah nak tak pergi makan sate?"...dengan tiba2 ayah terus bangun dan siap lalu bercakap "ok!ayah nak pergi ke klinik kajang" apa lagi aku terus cakap "ok"..kami pergi 5orang aku suami adik dan mak ayah..sesampai aje di pekan kajang kami bawak ayah pergi ke klinik dulu dan DR suruh hantar ke hospital..puas memujuk, ayah tetap tidak mahu..takpa kami tak akan memaksa ayah..kami bawak ayah pergi makan sate..selesai aje makan kami ingat nak balik tiba2 ayah..sebelum sampai di kereta ayah telah singgah dikedai mamak berhampiran dgn kedai sate tadi ayah terus duduk dan oder roti canai sama tea tarik..ayah siap cakap lagi "ayah lapar..ko tak bagi ayah makan"...kami semua tercengan.."takpa lah ayah,ayah bolih makan apa yg ayah nak malam ni" kata suami ku..lepas habis saja ayah makan kami pun balik kerumah di shah alam aku dan suami terus tidur sebab esok subuh kami nak balik ke kemaman..aku pun balik 2minggu aku balik kerumah petang tu aku dikejut kan dengan berita ayah jatuh pensan tak sedar kan diri.kami terus balik pukul 10 kami sampai bila melihat kadaan ayah memang kami terlalu sedih sebelah badan ayah lumpuh dan mengikut kata DR satu urat di otak ayah dah putus kami semua kena terima kadaan ayah,tapi aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana memberi peluang aku menjaga arwah ayah selama 2 minggu aku merasa puas terlalu puas...walau pun ada suara2 sumbang tapi aku tak perduli kerana itu ayah aku tanpa dia sapa lah aku dan aku telah pun meminta ke izinan suami ku untuk menjaga ayah dan telah di lulus kan kerana kebetulan pulak esok memang suami ku nak naik laut selama 3minggu....2minggu aku menjaga aku tak sedar masa berlalu terlalu pantas..tiba masa aku kena balik ke kemaman tapi kadaan ayah ada beransur baik..aku seronok mendengar nya..hari2 aku call mak tanya kan kadaan arwah ayah.cuma lagi 2hari umat islam nak menyambut hari raya.ayah bukan main seronok lagi bila mendapat baju melayu serba hitam dari adik ku.malam tu ayah pakai kata mak dengan seronok!ayah macam seorang model pulak..kalau sebelum ni ayah asik duduk di kerusi tolak tapi bila pakai baju melayu ayah siap bangun dan berjalan2 walau pun kaki nya kena dibantu menarik2..ke esok kan hari nya ayah minta nak pergi umah kakak ku yg tua di kajang.abg ku bawak sampai didepan rumah kak long ayah tak mahu masuk kata nya "hanya sekejap aje..ayah terlalu rindu pada ko ami(kak long)".ayah memeluk kak long bagai kan tidak mahu lepas kan anak sulung nya itu sampai mak menarik2 dan ayah terus minta balik..abg pun membawa ayah balik tapi sesampai aje kerata di sempadan selangor ayah diserang jantung..abg ku membawa kereta dgn laju nya..tapi kuasa allah tak siapa bolih halang !!ayah hanya sempat menarik nafas 3kali dan mak sempat mengajar ayah mengucap ayah telah pergi buat selama2 nya .....terlalu banyak kenangan yg ayah tinggal kan buat aku dan adik beradik yg lain..ayah ku miskin tetapi ayah kaya dengan kasih sayang nya..ayah banyak mengajar kami erti hidup yg sebenar......ayah!aku terlalu rindu pada mu ayah!semoga allah tempat kan ayah di sisi hamba mu yg solih al fatihah amin....

Posted on by Intan | 0 comments

Wahai Dunia!
Allah telah menciptakanmu sejak sekian lama
Sebelum kejadian Adam, sebelum terciptanya Hawa,
Adakah kau sedar usiamu telah tua?
Dan akan hancur musnah pada bila-bila masa?

Wahai Dunia!
Allah menciptakanmu sebagai tempat manusia
Sebagai tempat untuk manusia mengemis cinta-Nya
Sebagai tempat untuk manusia menjadi hamba setia
Sebagai tempat untuk manusia menjadi khalifah-Nya

Wahai Dunia!
Di atasmu tersimpan sejarah lama
Tersimpan pelbagai rahsia
Tersimpan pelbagai khazanah berguna
Untuk dijadikan teladan manusia

Wahai Dunia!
Usiamu telah menginjak tua
Perutmu telah terisi oleh pelbagai manusia
Dirimu hanya menunggu masa
Untuk hancur selamanya

Posted on by Intan | 0 comments

Adam,

Kau tercipta untukku,
Tulang rusukku ada padamu,
Janganlah kau sakiti akan diriku,
Belailah aku dengan sikap kesabaranmu.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Sayangilah aku,
Bimbinglah akan daku,
Aku wanita lemah ingin seorang pembimbing akan diriku.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Jika suatu hari nanti takdir menentu,
Kita akan bersatu menuju kejalan lurus yang satu dengan akad nikah yang jitu.

Adam,
Jika suatu hari ajal maut menunggumu,
Ku redha dengan ketentuan itu,
Ku pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku,
Kerana diriku sudah dibimbing oleh mu.

Posted on by Intan | 0 comments

Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)

Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)

Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat. Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)

Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya

Sunday, May 30, 2010

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Thursday, May 27, 2010

Mudahnya Kehidupan

Sesungguhnya kemudahan akan disertai kesusahan. Itulah janji Tuhan kepada makhluknya yang menjadikan dunia ini berpasang-pasangan.

Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini menyusahkan, membebankan dan acapkali menyesakkan jiwa. Mengapakah terjadinya hal yang sedemikian? Mungkinkah kerana kita tersasar dari matlamat hidup kita?

Sebagai seorang Islam, cuba kita renungkan, apakah matlamat sebenar kita dilahirkan ke dunia ini? Adakah untuk memenuhi keperluan dan kehendak semata-mata? Sebelum itu mari kita lihat sejenak apa itu keperluan dan kehendak dunia ini.

Keperluan kita sebagai seorang Islam adalah beribadah kepada Allah. Adakah beribadah itu hanya tertumpu kepada rukun Islam yang lima sahaja? Tentu sahaja tidak, rukun Iman, fardhu ain, fardhu kifayah mestilah dilengkapi bagi memenuhi keperluan kita hidup di alam maya ini.

Sekarang, kita perhatikan pula kehendak dunia.

Keperluan dunia memenuhi ruang lingkup nafsu kita. Makanan yang enak, pasangan dan anak pinak, harta dunia dan tidak lupa juga kuasa. Bagaimana kita mahu mengharungi kehidupan dunia dengan menyeimbangkan antara keperluan dan kehendak? Kerana faktor ini, selalu sahaja kehendak mengatasi keperluan. Inilah hakikat yang menyesakkan jiwa dan nafas kita.

Baiklah. Mari kita teliti cadangan di bawah ini. Bagaimanakah caranya untuk merungkai kesesakan jiwa kita ini.

Pertama sekali, tentukan matlamat hidup yang sebenar. Sebagai seorang mukmin, AKHIRAT menjadi matlamat jangkamasa panjang kita semua. Keperluan dunia wajiblah dipenuhi bagi mencapai akhirat. Jika begitu, apakah kita mesti mengenepikan dunia? Tidak, ini amat berat dilakukan kerana dunia merupakan jambatan akhirat. lalu, harus bagaimana menghadapai dunia.

Sila ikuti saranan seterusnya.

Langkah kedua merupakan titik tolak bagaimana kita menghadapi alam fana ini. Kita haruslah meleraikan ikatan kita kepada dunia. Bagaimana caranya? Letakkanlah sahabatku, dunia ini di tangan kita bukannya di hati. Contohnya, kita punya harta yang banyak. Jika harta itu di tangan, kita akan mudah memberi. Jika di hati, hati kita akan mewujudkan perasaan tamak, kedekut, dengki malah iri hati jika harta orang lain lebih banyak daripada harta kita.

Lagi perumpamaan yang mudah. Kita telah sedaya upaya menjaga anak dari kecil hingga dewasa. Didikan agama tidak kurang sedikitpun. Didikan dunia pun kita seimbangkan untuk memudahkan urusan dunianya. Bila dewasa, kita telah hilang di hatinya. Betapa perit hati seorang ibu dan seorang bapa. Mengapa hati kita perit dan sakit? Kerana kita telah mengikat hati kita dengn anak. Sesungguhnya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, hendaklah kita bertawakal kepada Yang Maha Esa. Bergantunglah kamu kepada Allah swt, bukan kepada anak ya, sahabatku.

Wahai sahabat, mampukah kita meletakkan dunia ini di tangan , tetapi bukan di hati. Berhijrahlah, ini suatu percubaan yang amat berat, susah tetapi amatlah menyenangkan hatimu sekiranya kamu, wahai sahabatku dapat melakukannya. Percayalah, bahawa dalam kesusahan ada kesenangan.

Kamu akan redha dengan apa sahaja takdir yang ditentukan. Kamu akan merasakan betapa mudahnya kehidupan ini. Marilah kita renungkan kata-kata di bawah ini dengan penuh penghayatan.

Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya. Tidakkah kamu terfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara. Di mana tak satu tempat atau apapun yang kamu boleh gantungkan harapan. Sengaja Allah swt menjadikan ini semua sebagai petunjuk, untuk menunjukkan kepada manusia, hanya Dialah tempat kita bergantung harap kerana Dialah yang kekal abadi.

MANUSIA TAK MENGENANG BUDI

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata. Atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?

Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.

(Al-Mu'minun:115).

Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.

(az-Zariyat: 51)

Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah:30)

Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.

Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."

(Yusuf:12)

Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini

Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.

Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA

Sunday, May 9, 2010

terus kan lah sandiwara mu..demi kepentingan perempuan itu?

Aku insan yang kerdil.siapa lah aku disisi mu..YA ALLAH
aku merenung jauh kehadapan memikirkan apa yang terjadi semalam semalam semalam dan semalam!
aku cuba tersemyum dan menunjuk kan keriangan,ya lah?aku lah mak dan isteri yg paling gembira..hari2 ku lalui dgn penuh kegembiraan namun hanya ALLAH saja yg tahu,
Ya Allah berdosa kah aku.kerana mengbohongi meraka.aku juga manusia yang punya hati dan perasaan tambahan pulak perasaan seorang ibu..
Aku terima segala ketentuan mu illah didalam hati aku meraung sekuat2 nya meminta tolong,ini yang aku dapat,madu yang ku beri tuba yang di balas.hati ini dirobik2 dan dihiris2 sampai hancur lumat selumat2 nya..sanggup kau menuduh aku yang ko panggil ??? ini dengan bermacam2 tuduhan

olih kerana seorang perempuan..
di mana perempuan ini,membaling batu kearah ku lalu disembunyikan tanganya..
aku masih punya perasaan hati perut dan otak?
aku tak akan membalas.
terus kan lah wahai anak muda..
terus kan lah..
dan ajak lah kawan2 mu yang BODOH dan yang tak tahu pekara yang sebenar nya turut serta bagus sikap kalian wahai anak muda..
ini lah jenerasi yang bagus yang akan DIPIMPIN bukan JADI PEMIMPIN..

tudoh lh apa saja yang kalian rasa bukti kalian itu benar...
dan seksa kubur itu benar..
neraka itu benar..
dan surga itu benar
tapi ingat ALLAH itu maha mengetahui
aku sedikit pun tidak gentar apa tah lagi takut...
papar kan saja dimana2 yang kalian rasa kalian bolih meraih sempati bahawase nya kalian yang teraniya olih perbuatan ku...
dimana kah menghilang nya perempaun yang membaling batu itu?pelik kan...
aku yang tua ini dengan seaklas hati terima apa saja perbuatan kalian..
janji kalian merasa puas hati puas sepuas2 nya...
sayang seribu kali sayang ilmu yang di pelajari tidak dipakai guna..
malah rasa ilmu yang kalian ada itu kalian rasa kalian yang betul....

seandai nya aku mahu membalas bolih saja.tapi aku tak mahu dan suami serta anak2 pun banyak bagi nasihat..ini lah zaman IT bila tahu sikit habis tunjuk kan kepandaian konon2 tahu macam mana nak hack orang hanya menguna kan IP saja,buat,buat lah kita tengok saje lah akan kebenaran nya....aku tidak pernah mengharap kan simpati dari mana2 pehak..
aku hanya menadah tangan memohon pada nya yang esa hanya dia saja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan,kalau kau rasa yang kau telah penat dan letih di sebab kan kebodohan kau.aku juga dah terlalu lalu letih untuk melihat sandiwara mu itu
yang nak membukti kan perempuan itu tidak bersalah dan nak meletak kan kesalahan itu pada kami..kau nanpak tak silap kau.kau kata tidak mahu memutuskan SILATURAHIM BERDOSA.kami telah pun diam malas nak melayan..dan dengan bangga nya kau mempaparan WANITA-WANITA LAKNATULLAH, aku masih diam sebab aku tahu itu bukan untuk ku...dan kau merasa bangga kerana dapat mengaib kan wanita2 itu..sepatut nya orang macam kau yang mempunyai pendidikan agama hingga ke UKM dan mendapat GELARAN USTAZ tidak sewajar nya kau perbuat begitu..sepatut nya kau yang kena banyak bersabar di atas ujian yang ALLAH SWT berikan..dan bukan mengajak kawan2 untuk turut serta mengaib kan orang..itu aku nak kata yang kawan2 kau tu pun BODOH..ingat kalau kau masih lagi nak berbuat macam2...aku tidak akan teragak2?

Saturday, May 8, 2010

Perlukah Aku Khabarkan

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan...

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku buka kan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku
Segala kebenaran atau pun penjelasn ku
mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi..

Oh!ku mohon pada-MU Tuhan
Berikanlah ku kekuatan
untuk ku menghadapi semua ini..

Tuhanku terus berserahh
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah!
Amin..

Friday, May 7, 2010

Surah An-Nur ayat11/20,

Bismillahiramnirahim,

bacalah dan renungi lh bersama sebelum kita nak menuduh orang kita ingat2 lah
betapa besar dosa kita disisi allah dengan berburuk sangka dan membuat fitna...

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu(juga).janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu..setiap orang dari meraka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya.dan barang siapa di antara meraka yang mengabil bagian terbesar(dari dosa yang diperbuatnya).dia mendapat azab yang besar(pula)

mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri meraka sendiri,ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata,"ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata"

mengapa meraka(yang menuduh itu)tidak datang membawa empat saksi?Olih kerana meraka tidak membawa saksi-saksi,maka meraka itu dalam pandangan allah adalah orang-orang yang berdusta.

Dan seandainya bukan kerana karunia Allah dan rahmatnya kepada mu didunia dan di akhirat,nescaya kamu ditimpa azab yang besar,disebab kan olih pembicaraan kamu tentang hal itu(berita bohong itu)

(Ingatlah)ketika kamu menerima(berita bohong)itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun,dan kamu menganggapnya remeh,padahal dalam pandangan Allah itu soal besar,

dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya,"tidak pantas bagi kita membicarakan ini.Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar"

Allah memperingatkan kamu agar (jangan)kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya.jika kamu orang beriman,

dan Allah menjelaskan ayat-ayat(nya)kepada kamu.dan Allah maha mengetahui,mahabijaksana.

Sesunggunya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu(berita bohong)tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, meraka mendapat azab yang pedih didunia dan di akhirat,dan Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui,

dan kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmat-nya kepadamu(nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar),sungguh,Allah Maha penyantun,Maha penyayang,

terima kasih pada sesipa yg sudi membaca,dan jangan lah kita laku kan pekara ni..

Tuesday, May 4, 2010

,

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang membebaskan beban seorang mukmin dari berbagai beban di dunia, Allah akan membebaskan bebannya dari berbagai beban pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan orang yang sedang kesulitan, Allah akan meringankannya di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim)

Dalam lanjutan hadits di atas disebutkan,

وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ .

“Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut suka menolong saudaranya.”

Semoga di saat kita bertemu dengan Allah nanti, kita dapat mengungkapkan kepada Allah bahawa kita kasih akan saudara kita dan sudah mengambil tindakan sedaya-upaya kita membantu mereka. Moga Allah redha atas usaha kita yang kecil ini.

Wallahu’alam
Ya Allah,hamba memohon karunia yg wajib Engkau berikan,
keampunan yg harus Engkau karuniakan,
keselamatan darisegala dosa,ghanimah dari segala kebajikan,
dan kemenagan mendapat surga,serta keselamatan dari api neraka.

Ya Allah, karuniakan kebaikkan bagi hamba dalam segala urusan.berilah pahala
kepada kami dari segenab luka dunia dan seksa akhirat,

Ya Allah,anugerahkanlah untuk kami rasa takut pada Mu,yg membatasi antara kami dgn perbuatan maksiat ke pada-Mu
dan anugerahkanlah ketaatan kepada-Mu yg akan menyampaikan kami ke surga Mu,
anugerahkan pula keyakinan yg akan menyebabkan ringan-nya bagi kami segala musibah di dunia ini,
Ya Allah,anugerahkan-lah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran,
penglihatan,dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup,
dan jadikan lah ia warisan dari kami.
jadikan lah balasan kami atas orang-orang yg menganiaya kami,
dan tolong lah kami terhadap orang yg memusuhi kami,
janganlah engkau jadikan musibah kami ada dalam urusan agama kami,
janganlah Engkau jadikan dunia ini adalah cita-cita kami terbesar dan puncak
dari ilmu kami,jangan engkau jadi kan berkuasa atas kami,
orang-orang yg tidak mengasihi kami,
Ya Allah,jangan pernah Engkau tinggalkan dosa,
melainkan Engkau ampuni,Tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar,
tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi,dan tidak ada satu kebutuan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi,wahai Tuhan semesta alam.
Ya Rabb kami,
berikan kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat,
serta jagalah kami dari api neraka,
semoga shalawat dan salam senantiasa terlimpah curah kepada Nabi Muhammad,keluarga,serta para sahabat terpilih
amin

Monday, May 3, 2010

Kesedaran

Aku manusia yg mempunyai hati dan perasaan..
MARUAH,ada ke pernak kita lihat seorang yg suaman nak mengadai kan maruah nya
Dan kalau mana yg patut kita pertahan kan MARUAH ATAU SILATURAHIM..
kedua2 nya sama penting dalam islam kan..
dalam hukum kalau 3 hari kita tidak bertegur sapa dgn mana2 orang yg kita marah dah jatuh dosa..maruah,maruah kita pun kita kena jaga.sanggup ke kita gadai MARUAH kita kerana SILATURAHIM..sebenar nya kita bolih jaga maruah dan silaturahim kita.dengan cara
permikiran kita sendiri pujuk pangkal HATI MANUSIA itu sendiri..
HATI banyak memain kan peranan dalam sebuah kehidupan..
kalau hati kita tidak BERSIH akan bermacam2 lah peraksangka yg tidak baik pada orang .
DAN jangan kita ingat bila ILMU yg kita ada ini..maka orang disikililing kita tu tidak betul
dan tidak BERILMU....sepatut nya kita yg berilmu ni lh yg sepatut nya kena pandai
menyusun kata2 macam mana kita nak bercakap atau pun BERDAHWAH,
itu lah kadang2 kita rasa kita dah cukup ilmu sehingga kan kita sanggup meluka kan hati orang tua,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.INGAT setiap kelahiran manusia di bumi ALLAH ini BERMARUAH
dan kita kena banyak beringat setiap apa kejahatan atau pun kebaik kan yg kita laku
kan dibumi ALLAH ni ada pembalasan nya ALLAH akan bagi TUNAI...
cuma kita tidak tahu bila dan bagai mana cara pemberian nya dari itu ingat..
jangan kita suka2 menyakit kan hati orang dan bersangka baik lah sentiasa dgn orang
kerana bersangka baik itu dapat mengelak kan diri kita dari DOSA
luahan ini sekadar mengingatkan diri sendiri dan anak2 kalau ada yg tersinggung..
ingin saya menyusun sepuluh jari untuk memohon ribuan kemaafan sebab tidak terniat di minda untuk menyakitkan hati manusia...

Sunday, May 2, 2010

Alunan syahdu dari sekeping hati....

assalamualaikum

ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
allah memberia kita merasa
kenikmatan hidup didunai.
dari itu..jgn lah kita leka
akan kenikmatan nya
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
bersyukur lah kita sentiasa
dengan apa yg kita ada
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
sebab didunia hanya sementara
yg kekal kita di sana
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH
bersiapsedia bekalan disana
jgn kita asik buang masa
ingat mati tidak tahu bila
entah esok atau lusa
ALLAH,ALLAH,ALLAH OH YA ALLAH.
ALLAH ALLAH ALLAH OO ALLAH

Saturday, May 1, 2010